Powered By Blogger

Thursday, February 4, 2010

mata pancing

mata pancing tu apa ko bondo eee....? sebonar ee....mata pancing tu bukan macam mata manusia...boleh lihat sana...lihat sini....intai sana....intai sini...ngondap sana....ngondap sini...mata pancing tu ialah sejenis alat seperti pencangkuk...bezanya dengan pencangkuk ialah di hujung tajamnya ada ruit...apa itu ruit?


Ruit ialah bahagian tajam yang menjadi penahan...ia melengkuk ke dalam....sekiranya hidupan air yang makan umpan amatlah sukar untuk melepaskan diri....terutamanya ikan....


mata pancing terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan warna....rupa yang biasa sangat digunakan oleh kaki pancing ialah berbentuk satu mata sahaja. malahan terdapat dalam bentuk mata dua...mata tiga....


saiznya juga berbeza mengikut jenis hidupan yang hendak dipancing....kalau hendak memancing di air jernih eloklah menggunakan mata pancing berwarna hitam, ini kerana warna hitam nampak seperti makanan kepada hidupan air...saiz pula mengikut saiz hidupan di air...kalau nak mancing jerung ke...paus ke...kena la pakai mata pancing yang lebih besar....


mata pancing paling banyak sekali ialah pada umpan udang tiruan(gambar ada di sebelah sana)
boleh le lihat....tapi itu hanya dikhaskan untuk memancing sotong sahaja...berdasarkan pengalaman aku...pernah ada ikan menyambar...tetapi tak tersangkut kerana matanya yang banyak dan rapat-rapat tambahan pula tiada ruit di hujung mata kail maka terlepas la habuan aku pada hari tu....


bahan metal yang digunakan untuk mata kail biasanya logam besi...karbon dan sebagainya...jika dilihat di pasaran terdapat dalam pelbagai jenis....dan jenama yang hebat-hebat. yang biasa aku guna ialah jenama seahawk aje...harganya tidak lah mahal tapi sangat tahan dan kuat...kalau dah mengena...pasti dapat punya....

mata tiga pula biasanya boleh dilihat pada umpan tiruan untuk menggewang atau mengancar seperti terdapat pada sesudu krom berkilat...popper...dan lain lain....teknik mancing juga berbeza...nanti aku cerita mengenai teknik memancing pula...

so...jumpa lagi...wuarrrggghhhhh.....ngantuknya...aku nak pi tidoq sat no...nanti aku tambah lagi kalau aku rasa tak berapa cukup tentang mata mancing ni.......

No comments:

Post a Comment