kali ni aku nak cerita pasal ikan buntal plak...ikan buntal adalah jenis ikan yang berduri. ia adalah penghuni sungai dan laut. biasanya, ikan buntal yang tinggal kat laut nu lebih besar daripada ikan buntal yang tinggal kat sungai...ni... aku pernah dapat ikan buntal semasa aku mancing kat Sungai Perak dulu...cadang nak bela je... tapi mati pastu...kalau dilihat keseluruhan badannya ada duri-duri kecil dan dikatakan berbisa...tapi tahle akupun tak tahu dan tidak biasa kena durinya.
ikan buntal berbentuk panjang...dan kelebihannya ialah boleh mengembungkan badannya membentuk seakan bulat apabila terasa diancam oleh hidupan lain. ikan buntal adalah sejenis ikan yang manusia tidak boleh makan. Ikan buntal dikatakan beracun...so...jangan nak menggatai nak makan...
bahagian racunnya dikatakan terletak pada telurnya...biasanya...manusia nampak telur pasti terliur punya kalau dibuat masak rendang pedas..tapi awas telur ikan buntal boleh membunuh kerana ada kandungan racun yang tinggi...biasanya...petanda awal ialah...bahagian mulut akan terasa kebas...disusuli dengan pening-pening lalat pas tu mengucaplah dua kalimah syahadah kalau yang Islam sebab...pastu akan tunggu masa je nak kojol...
banyak lagi ikan lain yang best-best...buat apa cari ikan buntal...kalau termakan umpan...lepas je balik...kerana itu adalah amalan yang lebih baik...dan dimurahkan rezeki...
tapi...paling aku kesian kat ikan buntal ni ialah...dijadikan lampu hiasan...korang pasti tak berapa percaya ngan cerita aku ni...tapi itulah hakikatnya...pergi je kat kedai-kedai lampu hiasan pasti ada dua tiga ekor punya yang dah keras diawet dan dijadikan sebagai lampu hiasan...kesian kat dia...itulah betapa kejamnya manusia...tak boleh dimakan...tapi dijadikan lampu hiasan plak. Harga mahal plak tu...
nak tahu cara ikan buntal makan umpan...berdasarkan pengalaman aku...ikan buntal akan makan umpan secara senyap-senyap...kekadang putus tali digigitnya...tau sebab pa...sebab...gigi dia tajam le...kalau nak dapatpun kena pakai perambut steel baru tak putus...aku tengok gigi diapun rasa ngeri sebab serupa macam gigi kapak manusia dan tersusun cantik...kalau dia senyum pasti menawan hati....
so..kalau sesape ada gigi cantik tu senyum-senyum lah selalu...sedekah tu...senyumlah..senyumlah...ahai cek mek molek...kata penyanyi tu...best lagu tu aku suka...
ok...lah sampe sini dulu...jumpa lagi...dengan cerita lain plak....insyaAllah....
mancing jangan tak mancing....ikan bosar tu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment