kali ni aku nak cerita pasal ikan seluang plak....kenal ke tak kenal ikan seluang?. kenapa ikan seluang di panggil ikan seluang...ha....tu la yang aku nak jawab ni....
ikan seluang ni...menurut cerita orang tua-tua...asal ialah manusia yang kena sumpah jadi ikan....mamat ni selalu ada wang...banyak ler wang dia....sampai tak abih makan...tapi mamat ni kedekut taik idung masin dan tangkai joring betul....orang nak minta derma sikitpun dia taknak bagi...kodokut kata orang nogori....
satu hari tu...datang seorang tua...nak minta derma...dia jumpa ler mamat ni...mamat ni meyumpah seranah kat orang tua tu...lebih daripada itu dipenamparnya orang tua itu...apa lagi dengan nada sedih orang tua itu minta pada tuhan supaya diturunkan sumpahan kepada mamat tersebut...tak semena-mena...hujan turun dengan lebatnya...dalam sekelip mata...jer...mamat tu dah bertukar jadi ikan...oleh kerana rasa kasihan dan bersalah...orang tua itu ambik ler ikan tu bawa balik dan di simpan dalam akuarium yang cantik kat umah dia....
di satu hari yang lain pulak...datang le tetamu berkunjung kerumah orang tua itu....maka ditanya ler tetamu itu ikan apa yang dipelihara itu...maka jawab orang tua...ini ler ikan yang bernama seluang...maka dari situ lah bermulanya nama ikan tersebut sebagai ikan seluang...sekiranya anda makan ikan ini maka bererti anda makan orang ler...ganasnyer....
kalau korang nak tau ikan seluang adalah sejenis ikan yang berbadan kecil dan mempunyai sisik yang berkilat seakan ikan lampam...cuma badannya panjang dalam dua jengkal jer...
cara nak mancing ikan seluang senang jer...kita boleh guna mata kail halus...kecil....manakala umpannya pula adalah bancuhan dedak ayam di campur kunyit...atau ulat kecil yang boleh didapati di kedai memancing.
satu nasihat yang sangat berguna untuk mancing ikan seluang....andai sekiranya korang dah dapat ikan ini...sila pastikan tidak terlepas semula ke dalam sungai...ini kerana...jika terlepas...maka semua jenis ikan seluang yang lain akan cabut lari...maka korang kenaler angkat kaki...balik rumah...ini seolah-olah ikan yang terlepas tadi pergi menceritakan kepada kawan-kawannya...so...abih ler....balik ler jawabnyer...
cara memancingnya juga mudah...kita boleh guna teknik mengilat...atau teknik selaman...dan cara memanggilnya juga mudah iaitu taburkan sedikit umpan dedak...dia pasti datang...punya....
ok...la....sebelum aku tutup tirai...nak bagitau la...cerita kat atas tadi tu sengaja aku reka-reka jer...jangan percaya ...tahyol tu....berdosa...tambahan pula tak ada kena-mengena samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia...
ok....jom mancing......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gambar tak ada ker?
ReplyDeleteDulu kat kampung.. main sauk je kat parit..
boleh dapat 10 - 20 ekor sehari.. sekarang makin susah nak dapat..
Btul susah nk dpt tp masih ada..
DeleteBro nak tanya.. Senang tak nak bela seluang dalam akuarium?
DeleteIkan ni senang nk mati
DeleteIkan ni senang nk mati
Delete