Monday, September 6, 2010

ikan hantu

ini lah gambar ikan hantu...tapi hantu ni tak makan orang...orang yang makan dia..

korang pernah dengar ikan hantu...aku dah banyak kali dapat ikan ni...tapi dalam gambar ni bapak aku yang dapat aku hanya menumpang kasih dia jer untuk ambik gambar untuk masukkan dalam blog aku...

korang tengok warna badan dia macam ular sawa...batik...batik nak makan pun tak lalu woo...tapi korang nak tau ikan ni orang cina suka...tau harga dia berapa kalau yang bersaiz sekilo...sekilo dalam RM 80 tu...mahalnya...baik beli ayam kampung boleh dapat empat ekor tu...bukan ekor ayam tau dapat sekali ngan body dia la...ayam kampung kalau buat rendang pedas ker atau masak kicap ker fuh terangkat ko....gua cakap lu....

sebenarnya ikan ni banyak nama dia...nama komersil ikan ubi...ikan sebelah sebelah sana pula panggil belontok...tak kira apa nama dia sama jer warna ngan rasa dia...tapi kalau korang pandai masak ikan ni...pasti lazat sehingga menjilat jari tak yah ler nak gi KFC lagi....


ok la aku stop setakat ini dulu....nanti aku tambah semula...nanti aku nak sambung pasal udang pulak....

No comments:

Post a Comment