Powered By Blogger

Monday, September 6, 2010

ikan hantu

ini lah gambar ikan hantu...tapi hantu ni tak makan orang...orang yang makan dia..

korang pernah dengar ikan hantu...aku dah banyak kali dapat ikan ni...tapi dalam gambar ni bapak aku yang dapat aku hanya menumpang kasih dia jer untuk ambik gambar untuk masukkan dalam blog aku...

korang tengok warna badan dia macam ular sawa...batik...batik nak makan pun tak lalu woo...tapi korang nak tau ikan ni orang cina suka...tau harga dia berapa kalau yang bersaiz sekilo...sekilo dalam RM 80 tu...mahalnya...baik beli ayam kampung boleh dapat empat ekor tu...bukan ekor ayam tau dapat sekali ngan body dia la...ayam kampung kalau buat rendang pedas ker atau masak kicap ker fuh terangkat ko....gua cakap lu....

sebenarnya ikan ni banyak nama dia...nama komersil ikan ubi...ikan sebelah sebelah sana pula panggil belontok...tak kira apa nama dia sama jer warna ngan rasa dia...tapi kalau korang pandai masak ikan ni...pasti lazat sehingga menjilat jari tak yah ler nak gi KFC lagi....


ok la aku stop setakat ini dulu....nanti aku tambah semula...nanti aku nak sambung pasal udang pulak....

Monday, February 22, 2010

ikan laga

ikan laga ni orang kampung je yang tahu rupa bentuknya....kalau orang bandar jarang ada yang kenal sebab ikan laga ni habitat dia kat parit atau tali air yang dekat bendang nu....

ikan laga ni...kalau kat tempat aku dipanggil ikan karin...badannya kecil aje....ikan ini biasanya untuk dijadikan ikan laga....pernah dengar tak laga ikan....biasanya orang laga ayam...tapi ini lain ...ini laga ikan la plak...

warna ikan ini kalau hari biasa pucat jer...tapi kalau dia marah...mak ai hitam badan dia wooo sirip dikembang lagi you...tengokpun gerun....tau tak macam mana nak bagi dia marah...ala senang jer...ambik lagi sekor letak jer sebelah dia...pasti marah punya...mula ler badan dia bertukar jadi hitam ke biruan...macam cerita hulk tu ler...aku rasa kan hulk tu tiru gaya ikan laga tu ler kot...

nak bagi lawan pulak senang jer....masukkan sekor lagi kat dalam bekas yang nak dilaga tu...alahai aku lupa lak nak cerita saiz la plak...ikan ni kecil jer...sebesar kelingking jer...kecik jer....so dalam balang atau botol kicap pun muat...tu yang nak kabor tu...nak bagi lawan senang jer..masukkan aje sekor lagi dalam botol yang sekor lagi tu...pastu yang lagi satu tu plak akan marah la plak kat sekor lagi satu yang baru masuk tu...pastu...apa lagi dua...dah ada kat depan mata...mengembang sakan ler dia...pastu...hentam...hentampun akan berlaku...pastukorang boleh le tengok yang mana akan kalah...bila dah kalah sekor...maka yang sekor lagi tu le pemenangnya...

peringatan....kalau korang pencinta alam sekitar dan hidupan liar...aktiviti melaga haiwan ini adalah dilarang keras...kerna apa? diapun nak hidup jugak...sama-samalah kita hidup....bukankah setiap kejadian tuhan ini ada kepentingan masing-masing...lagi pula tak baik baik adegan ganas-ganas ni aku dan kau tentu tak suka....kan...kan....kan....kan...

aaaaaa....tu ler yang aku ajak korang memancing....tak kira ler korang mancing ngan sape...yang penting bila dapat ikan boleh ler buat lauk...takyah nak beli lagi...jimat....

Thursday, February 11, 2010

ikan seluang

kali ni aku nak cerita pasal ikan seluang plak....kenal ke tak kenal ikan seluang?. kenapa ikan seluang di panggil ikan seluang...ha....tu la yang aku nak jawab ni....

ikan seluang ni...menurut cerita orang tua-tua...asal ialah manusia yang kena sumpah jadi ikan....mamat ni selalu ada wang...banyak ler wang dia....sampai tak abih makan...tapi mamat ni kedekut taik idung masin dan tangkai joring betul....orang nak minta derma sikitpun dia taknak bagi...kodokut kata orang nogori....


satu hari tu...datang seorang tua...nak minta derma...dia jumpa ler mamat ni...mamat ni meyumpah seranah kat orang tua tu...lebih daripada itu dipenamparnya orang tua itu...apa lagi dengan nada sedih orang tua itu minta pada tuhan supaya diturunkan sumpahan kepada mamat tersebut...tak semena-mena...hujan turun dengan lebatnya...dalam sekelip mata...jer...mamat tu dah bertukar jadi ikan...oleh kerana rasa kasihan dan bersalah...orang tua itu ambik ler ikan tu bawa balik dan di simpan dalam akuarium yang cantik kat umah dia....


di satu hari yang lain pulak...datang le tetamu berkunjung kerumah orang tua itu....maka ditanya ler tetamu itu ikan apa yang dipelihara itu...maka jawab orang tua...ini ler ikan yang bernama seluang...maka dari situ lah bermulanya nama ikan tersebut sebagai ikan seluang...sekiranya anda makan ikan ini maka bererti anda makan orang ler...ganasnyer....


kalau korang nak tau ikan seluang adalah sejenis ikan yang berbadan kecil dan mempunyai sisik yang berkilat seakan ikan lampam...cuma badannya panjang dalam dua jengkal jer...


cara nak mancing ikan seluang senang jer...kita boleh guna mata kail halus...kecil....manakala umpannya pula adalah bancuhan dedak ayam di campur kunyit...atau ulat kecil yang boleh didapati di kedai memancing.


satu nasihat yang sangat berguna untuk mancing ikan seluang....andai sekiranya korang dah dapat ikan ini...sila pastikan tidak terlepas semula ke dalam sungai...ini kerana...jika terlepas...maka semua jenis ikan seluang yang lain akan cabut lari...maka korang kenaler angkat kaki...balik rumah...ini seolah-olah ikan yang terlepas tadi pergi menceritakan kepada kawan-kawannya...so...abih ler....balik ler jawabnyer...


cara memancingnya juga mudah...kita boleh guna teknik mengilat...atau teknik selaman...dan cara memanggilnya juga mudah iaitu taburkan sedikit umpan dedak...dia pasti datang...punya....


ok...la....sebelum aku tutup tirai...nak bagitau la...cerita kat atas tadi tu sengaja aku reka-reka jer...jangan percaya ...tahyol tu....berdosa...tambahan pula tak ada kena-mengena samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia...


ok....jom mancing......

Thursday, February 4, 2010

mata pancing

mata pancing tu apa ko bondo eee....? sebonar ee....mata pancing tu bukan macam mata manusia...boleh lihat sana...lihat sini....intai sana....intai sini...ngondap sana....ngondap sini...mata pancing tu ialah sejenis alat seperti pencangkuk...bezanya dengan pencangkuk ialah di hujung tajamnya ada ruit...apa itu ruit?


Ruit ialah bahagian tajam yang menjadi penahan...ia melengkuk ke dalam....sekiranya hidupan air yang makan umpan amatlah sukar untuk melepaskan diri....terutamanya ikan....


mata pancing terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan warna....rupa yang biasa sangat digunakan oleh kaki pancing ialah berbentuk satu mata sahaja. malahan terdapat dalam bentuk mata dua...mata tiga....


saiznya juga berbeza mengikut jenis hidupan yang hendak dipancing....kalau hendak memancing di air jernih eloklah menggunakan mata pancing berwarna hitam, ini kerana warna hitam nampak seperti makanan kepada hidupan air...saiz pula mengikut saiz hidupan di air...kalau nak mancing jerung ke...paus ke...kena la pakai mata pancing yang lebih besar....


mata pancing paling banyak sekali ialah pada umpan udang tiruan(gambar ada di sebelah sana)
boleh le lihat....tapi itu hanya dikhaskan untuk memancing sotong sahaja...berdasarkan pengalaman aku...pernah ada ikan menyambar...tetapi tak tersangkut kerana matanya yang banyak dan rapat-rapat tambahan pula tiada ruit di hujung mata kail maka terlepas la habuan aku pada hari tu....


bahan metal yang digunakan untuk mata kail biasanya logam besi...karbon dan sebagainya...jika dilihat di pasaran terdapat dalam pelbagai jenis....dan jenama yang hebat-hebat. yang biasa aku guna ialah jenama seahawk aje...harganya tidak lah mahal tapi sangat tahan dan kuat...kalau dah mengena...pasti dapat punya....

mata tiga pula biasanya boleh dilihat pada umpan tiruan untuk menggewang atau mengancar seperti terdapat pada sesudu krom berkilat...popper...dan lain lain....teknik mancing juga berbeza...nanti aku cerita mengenai teknik memancing pula...

so...jumpa lagi...wuarrrggghhhhh.....ngantuknya...aku nak pi tidoq sat no...nanti aku tambah lagi kalau aku rasa tak berapa cukup tentang mata mancing ni.......

Monday, February 1, 2010

ikan buntal

kali ni aku nak cerita pasal ikan buntal plak...ikan buntal adalah jenis ikan yang berduri. ia adalah penghuni sungai dan laut. biasanya, ikan buntal yang tinggal kat laut nu lebih besar daripada ikan buntal yang tinggal kat sungai...ni... aku pernah dapat ikan buntal semasa aku mancing kat Sungai Perak dulu...cadang nak bela je... tapi mati pastu...kalau dilihat keseluruhan badannya ada duri-duri kecil dan dikatakan berbisa...tapi tahle akupun tak tahu dan tidak biasa kena durinya.

ikan buntal berbentuk panjang...dan kelebihannya ialah boleh mengembungkan badannya membentuk seakan bulat apabila terasa diancam oleh hidupan lain. ikan buntal adalah sejenis ikan yang manusia tidak boleh makan. Ikan buntal dikatakan beracun...so...jangan nak menggatai nak makan...

bahagian racunnya dikatakan terletak pada telurnya...biasanya...manusia nampak telur pasti terliur punya kalau dibuat masak rendang pedas..tapi awas telur ikan buntal boleh membunuh kerana ada kandungan racun yang tinggi...biasanya...petanda awal ialah...bahagian mulut akan terasa kebas...disusuli dengan pening-pening lalat pas tu mengucaplah dua kalimah syahadah kalau yang Islam sebab...pastu akan tunggu masa je nak kojol...

banyak lagi ikan lain yang best-best...buat apa cari ikan buntal...kalau termakan umpan...lepas je balik...kerana itu adalah amalan yang lebih baik...dan dimurahkan rezeki...

tapi...paling aku kesian kat ikan buntal ni ialah...dijadikan lampu hiasan...korang pasti tak berapa percaya ngan cerita aku ni...tapi itulah hakikatnya...pergi je kat kedai-kedai lampu hiasan pasti ada dua tiga ekor punya yang dah keras diawet dan dijadikan sebagai lampu hiasan...kesian kat dia...itulah betapa kejamnya manusia...tak boleh dimakan...tapi dijadikan lampu hiasan plak. Harga mahal plak tu...

nak tahu cara ikan buntal makan umpan...berdasarkan pengalaman aku...ikan buntal akan makan umpan secara senyap-senyap...kekadang putus tali digigitnya...tau sebab pa...sebab...gigi dia tajam le...kalau nak dapatpun kena pakai perambut steel baru tak putus...aku tengok gigi diapun rasa ngeri sebab serupa macam gigi kapak manusia dan tersusun cantik...kalau dia senyum pasti menawan hati....

so..kalau sesape ada gigi cantik tu senyum-senyum lah selalu...sedekah tu...senyumlah..senyumlah...ahai cek mek molek...kata penyanyi tu...best lagu tu aku suka...

ok...lah sampe sini dulu...jumpa lagi...dengan cerita lain plak....insyaAllah....

mancing jangan tak mancing....ikan bosar tu.....

Thursday, January 28, 2010

ubat kuat untuk mancing

kali ni aku nak cerita pasal ubat kuat untuk mancing....sebab apa aku nak cerita...sebab kawan-kawan aku selalu tanya pasai pa tenaga aku hebat malahan stamina pun power...diorang tanya aku amal apa...stamina kuat...kalau main badminton dua tiga game sekali harung je ...menang plak tu...pernah le rasa duit johan badminton kat tempat aku tu...

ni ha...kalau korang nak tau... aku amal macam - macam...pertama sekali...kena rajin bekerja...menebas...menyangkul...mengorek...menanam..dan berbagai lagi la yang boleh membuatkan tubuh kita bergerak dan berpeluh...

makanan juga kena jaga...ni yang aku nak cerita bab ni...aku ada ambik minuman kesihatan dari syarikat K- LINK...aku rasa korang tak pernah dengar...tapi takpa aku nak cerita...makanan kesihatan dari syarikat tu banyak...macam - macam jenis dan khasiatnya...antara yang aku amalkan ialah air minuman K-Liquid Chlorophyll...bubuh dua tiga titik dalam air masak jadi hijau segelas...

khasiat air ini adalah untuk tenaga...buang toksin dalam badan...boleh mengurangkan kadar gula dalam badan yang tinggi tu...so...sesuai juga untuk orang yang kencing manis...sakit gout dan..khasiatnya dikatakan sama dengan tujuh jenis sayur yang kita makan...nak tengok? ni ha...ada gambarnya...




ni la gambar dia...kalau korang nak cuba atau nak maklumat lanjut tentang syarikat dan minuman kesihatan ini...contact ler aku...0134241899 - sifu mancing

ada satu kes tu...kaki dah hampir kena potong...minum air ini dan ditambah dengan ubat sapu dari bahan gamat asli...tup...tup...tak lama lepas tu kaki dia dah beransur pulih...tak perlu lagi kena potong...kalau tak percaya tanya sama orang yang dah menggunakannya...


kalau kaki dah kena potong mau mancing macam mana...takkan nak usung kot...mampuih ler orang yang usung tu...so...sebelum jadi macam tu lebih baik le...sediakan payung sebelum hujan...


setakat ini...setelah aku amalkan air ini bermula beberapa bulan yang lalu...aku rasa kuat...sihat dan bertenaga...memancingpun dah rasa seronok...kalau tak sebelum tu asyik moyok jer...tah mana-mana datangnya letih-letih badan...tapi sekarang dah ok....


kalau korang nak tahu...air ni tahan lama sebab pa...bukan guna banyak pun...setitik-dua titik jer...bayangkan sebotol boleh tahan sampai 2 tahun...wow...banyak lama wooo...tentula sihat dan menjimatkan....


tentang harga kena le call aku..jangan risau mahal sikit tak pa punya yang penting kita sihat...aku tak jutawan pun boleh beli pa...korang lagi ler...yang banyak-banyak duit tu jangan le kedekut taik idung masin...yang penting kesihatan ok...baru le buat kerja dengan senang hati...nak pancing apa pun tak per...ni...terhegeh-hegeh nak kawin dua...tiga...dan empat...tapi kesihatan teruk...masuk kubur bini yang gelak besar...dapat harta laki dia...kalau yang berharta ler...


satu lagi aku nak cerita tentang pengalaman aku nih...itu hari aku sedang menebas semak...ala menebas...menebang...mesti ada luka-luka punya...yang aku heran tu semua luka-luka dan calar balar...sama ada kecil atau besar...cepat sembuh...tu yang ok tu....so aku rasa ubat-ubatan pun kita kena amal le...lagi umur meningkat mana ada ketahanan badan dah melainkan kita sendiri yang cari ubat-ubatan atau amalan kesihatan yang baik untuk menaikkan ketahanan badan melawan penyakit...so...kena la pikiaq tengok no...


ni...air yang aku dah bancuh tu...jap gi aku nak melantak le...korang jangan terliur plak...kalau nak rasa jangan tunggu lama-lama...cantact je...
aku rasa tak payah le nak cerita panjang-panjang...yang paling penting aku sihat dan dapat memancing serta boleh bercerita dalam blog ni...kesihatan mau jaga ma...
ok...lah...jom kita macing dulu....malam jumaat beb...









Tuesday, January 26, 2010

pancing sotong

korang pernah tak pancing sotong....aku dah banyak kali dah... mancing sotong...sotong tinggal kat merata tempat...ada kat laut...dalam laut....atas laut...atas darat...dalam tanah...dalam ais...dan lain-lain tempat lah...

sotong paling besor yang kita boleh lihat ialah yang berkaki dua...tapi hati-hati...kuat tu...mengalahkan kita...ok tak yah cerita lah bab sotong darat ni...malas aku...

sotong laut plak ada bermacam jenis dan saiz....ada kecil...ada besor....ada gemuk....ada pendek...ada yang botak (sotong kurita) dan pelbagai lagi...sotong betul ni sebesar orang pun ada...kalau sotong kat filem tu lagi besar...boleh belit kapal ngan tentakel dia...mak ai...besornye...

cara nak mancing sotong....pelbagai cara boleh digunakan...kalau kat Terengganu biasanya orang mencandat...bab mencandat ni aku tak berapa pandai...biasanya aku mancing jer ngan teknik gewang...

caranya ialah dengan menggunakan umpan udang tiruan yang ada banyak ruit atau hook...joran pula boleh guna yang ringan-ringan jer sebab teknik menggewang perlukan joran yang lebih ringan...baru tak penat walau beribu kali balingan...

kat kampung aku tu...dekat ngan satu pulau yang banyak sotong ...kalau candat sotong...kita kena berada di atas bot...tapi ini lain...kita kena berada di atas pulau...dan mancing pula mestile masuk dalam air (meranduk)...kena rajin gewang plak tu...baling jer semua arah...kecuali arah hutan jer..tak boleh...

udang tiruan plak kena bawa sepair...bukan apa kalau putus ada lagi satu...tak de la buang masa nak ambik umpan kat pot simpanan barang...

bila sotong dah mengena...kita tak leh kendurkan tali...bukan apa...takut nanti terlepas plak sotong tu...

sotong yang aku ngan gang aku mancing tu di panggil sotong bubu...bukan sotong katak...sotong katak bulat-bulat sikit dan montok...ini lain ler...tapi rasa sotong sama jer manis dia...paling aku kesian kat sotong kurita...satu hari tu aku dapat...terkebil-kebil mata dia...kesian...dengan prihatinnya aku lepas le dia balik ke laut...tentu dia berterima kasih kat aku tu...tak pa sama-sama kasih...

doktor kata sotong berkolesterol tinggi...so...kalau nak makan masakan bersotong...kena le beringat-ingat sikit...jantung kena jaga woo...nak pakai lama...kalau dosa tak de takpa...dosa banyak abih le kena palu ngan Malaikat...aduh tak tahan...

orang tua-tua kata kalau nak makan yang berlemak atau berkolesterol boleh tapi kena pandai potong le...makan limau ke...makan oat ke atau apa-apa saja yang boleh melawan kolesterol atau lemak...so...semoga sihat la hendaknya...ni...nak gi mancing ni...kalau tak sihat macam mana nak mancing...

cara nak pegang sotong yang dah mengena pada pancing...cekak jer leher dia..tak boleh le dia sembur dakwat hitam tu...kalau lambat...atau tak betul cara pegang silap hari bulan muka kita abih disembur dakwat dia...boleh tak kenai wo...melayu ka india...so berhati..hati le...aaa satu lagi...sotong juga boleh menggigit...kalau nak tahu..gigi dia macam paruh burung kakak tua...tajam...silap pegang digigit nyer...nak kena gigit cuba ler...

sampe sini dulu aku nak cerita pasai sotong...ni ada gambar umpan udang tiruan yang aku guna untuk mancing sotong...

Monday, January 25, 2010

batang joran la plak




kali ni aku nak cerita pasal batang joran.Batang joran ada yang panjang dan ada yang pendek.Termasuklah cara penggunaannya serta kesesuaian dengan jenis hidupan yang korang nak pancing.Kalau saiz hidupan tu besor...maka kena besor la batang joran tu...kalau kecil plak maka kena kecil le batang joran tu...


maksudnya...kalau mancing menatang besor...sebesor dinosor tu kena le panggil orang purba baru ler pandai cam na nak mancingnya...kalau aku ler...tembak jer ngan ubat pelali...tapi aku musykil...ler...ada ke dinosor ni...tah-tah tak da pa....ops! sori terlalut plak...


kalau korang perasan...bukan perasan bila tengok pompuan nak menggatal tu...ni...aku nak cerita tentang... perasan tak kat batang joran tu kan ada cincin...bukan macam cincin yang Datuk Siti pakai tu...yang tu lain...ini cincin untuk masukkan tali pancing tu ler...kalau korang nak tau cincin kat batang joran tu banyak fungsinya...kalau banyak cincin yang rapat-rapat... tali tak pergi jauh masa korang hayun umpan nanti...kalau kurang plak... lontaran umpan akan pergi jauh...kalau duduk kat semenanjung Malaysia ni...kira-kira boleh sampai Sarawak atau Sabah...nu...mak ai jauhnyer...


paling panjang batang joran yang aku pernah pegang ialah sepanjang 12 kaki...tapi kalau kat negeri om puteh...lagi panjang...mau mencecah 20 kaki...maklumler orang Asia mana ada panjang-panjang...lagi pula ikan kat sana semua panjang-panjang...kalau paus lagi besor...dan panjang...

ni...cara nak pasang kekili kat batang joran yang aku cerita tur...korang tau kekili tu ape ke menda...ha...kan aku dah cerita kat sesi kekili di bawah tu...baca ler...



caranya...sangkut jer kat tempat yang tersedia di batang joran, pastu ketatkan dengan skru kalau tak ketat juga kena jumpa kawan aku yang bernama Ropi kelantan...dia ada jual ubat ketat...katanya ambik kat ore asli...kalu mu pake do'oh ketak...kawe tabik mu...

tadi aku ade cerita pasal Sabah dan Sarawak...kalau korang nak tau...kawan-kawan aku rame kat sana...antaranya Bujang...dia ni kalau nikahpun masih bujang jugak,yang lainnya ialah Jemat adam, Saidi Atiman,Buyan, Ali,Sutinah,Pardi Asang,dan ramai lagi...tapi diorang ni tak suka mancing macam aku...aku suka mancing...best gua cakap lu...

jenama joran pula ada yang pelbagai...banyak sangat malas nak cerita...masa aku buka kedai dan jadi ahli ngan Syarikat TCE Tackle kat kulim tu...aku rasa alat pancing kat tempat tu ler paling banyak sekali mengungguli di sebelah utara...nu... macam-macam ada...kat sana...kalau korang pergi jadi pening lalat dibuatnya...pergi ler kalau tak caya...bukan promot tempat tu...tapi itu ler sebetulnya...

tapi...sekarang aku dok saja...kedai aku tu dah tutup...takder orang jaga...susah nak jadi taukeh...korang ingat senang ke nak meniaga...ngan TCE TACKLE pun aku dah lama tak berkunjung...tah macam mana le rupa tempat tu...

kalau nak beli alat-alat joran ni hubungi jer aku...stok aku masih banyak tersimpan...kalau ada yang minat aku nak jual murah jer...berpatutan...sesuai ngan ekonomi korang...nak mahal aku bagi yang mahal...nak murah...punya...aku bagi yang murah punya...nak baik punya...aku bagi yang baik punya...kalau lenguh-lenguh badan ha...gi ler cari tukang urut...itu aku tak berapa tau...

jenis batang joran yang tahan lentuk ialah jenis berspring...ugly stick...kalau first stick...tak boleh lentuk habis...kalau yang biasa punya lagi tak boleh lentuk...kalau lentuk juga ngan tangan dengan teknik yang tak betul...hujung joran tu akan patah...naye le tuan kedai...kena le bayar...kalau nak test kekuatan joran tu...ni ha...caranya...pertama sekali kena ikat tali di ujung joran tu kemudian ikat kat beban yang berat pas tu cuba ler angkat beban...boleh le tengok lentuk dia setara mana...paling senang sekali baca jer testing power kat batang joran tu mesti ada tulis punya...

jenis-jenis batang joran dan mengikut kesesuaian menatang apa nak mancing...kalau korang nak mancing udang...kena guna batang joran kecil khas untuk udang...kalau korang nak mancing ikan yang beratnya 1kg ke bawah boleh guna batang joran 6 kaki jer kalau laut dalam kena guna batang joran lain ngan kekili khas macam gambar aku nu...yang tengah pegang joran tu...tu untuk laut punya ler...tapi aku tak tahan mancing atas laut...mabuk macam nak mampuih ooo...tengok mata kail kembang-kembang jer mana boleh tahan...

satu lagi kalau mancing kat laut...masalahnyer kalau nak terkencing terberak...mak ai...tandas besor wooo...satu alam nampak...tu yang susah tu...sebab aku plak...tak leh nak buang hajat kalau open toilet...apa lagi kalau yang sekapai tengok...mana boleh pi....kencing pun tak mau keluaq wooo...

ok..ler...sampe sini dulu...nanti kita sambung lagi...aku dah ngantuk ni...sebelum tu...aku nak tunjuk batang joran kat korang...


ni aksesori batang joran ngan kekili aku...kalau
nak beli...oder jer kat aku....ada diskaun....

mesin pancing yang aku guna

ha...ni paling baru aku nak ceqita pasai alat mancing plak...korang ingat mancing pakai air liur je ker...kalau nak mancing mesti guna perlatan-peralatan yang berkaitan...kalau nak pakai tunjuk boleh le jugak...gi jer pasar tani tunjuk jer tapi kena hulur duit...mana best mana ada fight...kita nak fight ngan ikan tu baru ada rasa kepuasan...kalau tunjuk-tunjuk budak kecik pun pandai....


kalau korang nak tau alat nak mancing ni banyak jenis...tapi kali ni aku nak ceqita mengenai mesin atau kekili....kekili ni ada banyak jenama....yang pernah aku guna ialah DAIWA, TOMMAN, PUYU, EXORI dll yang murah-murah jer...mahal murah tidak penting...yang penting dapat ikan....tapi kalu korang nak tau...beli yang mahal tak pe jugak sebab tahan lebih lama...yang murah-murah ni kurang tahan sikit...kalau terendam dalam air laut abih ler...karat sana-karat sini...lekat sana-lekat sini...so...lu pikiaq le sendiri...kata Nabil Raja Lawak tu...


kenapa guna kekili best? sebab...kalau dapat ikan kita boleh lawan/fight nagn ikan tu...tapi korang kena pandai guna...kalau tak pandai guna putus le tali pancing tu....caranya senang jer...kat depan kekili tu kan ada drag...apa fungsi tu? ok...alat tu berbentuk bulat kat depan kekili...alat tu macam skru leper boleh dipulas-pulas...tujuannya untuk mengetat atau meringankan bebenan tarikan ikan...


semasa mula nak mancing...alat ni mestilah dilekatkan kat batang joran dulu...kat batang lain tak leh le plak... nanti kendur susah... bini lari....so kena pasang betul-betul...pas tu...drag yang kat depan kekili tu...tadi kena pusing untuk longgarkan tali...ha...andai kata kalau ikan dah menyentap umpan...tak le terpelanting joran korang...ni ada satu genuaq tu...(Sapri kwn aku tu ler) dia tak biasa mancing guna kekili...so...tak longgarkan drag...apa lagi...sekali tu ada ikan menyentap umpan ha...terpelanting joran dia masuk dalam tasik...aku jugak yang tolong selamatkan kalau tak kempunan ler nak makan ikan ROHU yang menyentap tu...




kekili jenama Tomman BG 20...murah jer...harga RM33.50 baru...
tidak termasuk penghantaran...( call...0134241899) kalau korang
taknak pun tak kisah...yang penting korang kenal apa ke bondo ee...



ha...kat atas tu...jenis yang aku pernah guna...murah jer...tapi tahan...kalau beli tak guna-guna lagi tahan lama sampae kiamat pun tak rosak...kalau tak percaya cuba le... tak tipu punya...jujur you...tapi kalau korang beli kena le beli batang joran plak kalau tak beli...kekili tu nak lekat kat mana...kat batang buluh mana boleh...kalau kat batang anu lagi tak boleh...


ok...pas ni aku nak cerita pasal batang joran plak...tunggu a...ni nak pi solat dulu...ore islam kena solat...solat tu ingat tuhan Allah yang satu...takder dua...tak der tiga...kalau ingat tuhan Allah...tuhan Allah pun ingat kat kita...ngan cara dilimpahkan rezeki yang murah...alhamdulillah...amin...



ni..adalah mesin pancing pelbagai saiz...tu...ikut jenis menatang apa yang nak di pancing

Thursday, January 21, 2010

pancing haruan




cerita terbaru ini mengenai bagaimana nak mancing ikan haruan...ikan haruan ialah jenis ikan air tawar atau orang kampung menamakannya sebagai ikan darat...bukan buaya darat ye...buaya darat tu ganas...you... nanti dia gigit you...aww... ikan haruan biasanya menghuni di kawasan-kawasan sungai yang berbelukar atau bereba...juga terdapat di dalam petak petak sawah...tasik...lombong...atau

mana - mana tempat yang ada air...ha...gambar kat atas tu tengah suluh katak ler tu...punyale besor budak tu sampe ternganga...mulut dia...



i-kan haruan adalah spesis ikan yang sangat ganas dan kejam...tau kenapa...se...bab...dia makan anak dia...kurang hajar betul...kalau dapat kat aku habis aku buat lauk atau buat masak bantut...masak bantut tu kalau korang nak tau...masak panggang kat atas bara yang panas habis melecurla punggung dia baru dia rasa betapa panasnya api dunia itupun belum rasa lagi betapa panasnya api neraka..so bertaubat ler...sebelum terlanjur... melakukannya... nauzubillahmizaliq...



tips pancing ikan haruan...kalau korang nak tau ikan haruan ni sejenis ikan yang sangat malas...konon-konon rajin jaga anak dia kalau yang dah ada anak...tapi sebenarnya ada udang di sebalik batu...sebab pa...kalau dia lapar dia akan makan anak dia...tu ler yang orang panggil haruan makan anak... kesukaan ikan haruan ialah katak lembik...biasanya katak jenis ini banyak kat kebun-kebun sayur. tapi awas ular juga suka katak jenis ini...kalau tak nak terserempak ngan ular...gi jer beli kat kedai pancing...mesti ada punya...kalau tak der pun kat kedai pancing orang islam jer...sebab orang islam tak boleh makan katak atau jual katak haram di sisi agama...



masa aku mancing dulu...aku gi cari katak di waktu malam kat kebun sayur nun di sana...cari katak di waktu malam senang sebab bila suluh ngan lampu picit nampak cahaya mata dia...ambik banyak-banyak bubuh dalam botol...kumpul...besok tu aku gi ler ngan adik aku yang nama Wan tu...dia tu tukang kutip ikan jer...tak der bayar-bayar sebab balik nanti dia le yang melantak lebih...korang tau kat mana aku mancing...ha...ni yang aku nak bagi tau ni...aku suka mancing haruan di petak- petak sawah yang berdekatan dengan gelung air...sebab di situlah ikan haruan banyak menanti untuk masuk ke dalam sungai...layur jer katak kat depan hidung dia peh...melebum dia tangkap umpan...petua umpan katak ni bapak aku yang beri...tu pun aku dah cuba umpan belalang...pernah seketika aku layur umpan belalang kat depan dia...dia buat bodo jer tu yang aku frust tu...bila guna katak tiruan dia bau lain tak asli so...nak tak nak terpaksa ler belajar guna katak betul...ha baru kaw...kaw....


alatan yang aku guna semasa mancing ikan haruan...ialah joran yang boleh pasang kekili dan menggunakan teknik gewang atau mengancar tetapi kena pasang betul-betul umpan katak tu...kalau tak betul... umpan ke mana gewang ke mana semasa lemparan dilakukan. Aku malas nak cerita cara pasang umpan katak sebab kejam sikit cara lakukannya...geli pun ada...maklum lah katak...adik-adik aku yang lain langsung tak jamah ikan haruan kalau aku guna umpan katak...tapi depa tak tau berapa banyak katak yang dimakan oleh ikan haruan dalam air tu...kadang-kadang anak ularpun dia makan....


kekuatan ikan haruan sangat hebat...kalau dah tersangkut kat mata kail puh..ganas juga dia lawan kita...kalau ada yang lebih besar lagi gila dibuatnya...mau putus tali pancing kalau kita gunakan tali pancing kecil dan halus...


ikan haruan boleh tahan lama di darat...so kalau korang dapat masukkan dalam jaring pastu rendam dalam air...lagi lama dia hidup silap-silap setahun pun boleh...boleh apa kemendanya buat pekasam ler...barulah tahan lama tak der tarikh luput...


ni nak cerita cara masak yang paling sesuai dan sedap untuk menu ikan haruan...caranya ialah ikan haruan yang korang dapat tu jangan buang sisik masa korang siang...kalau boleh dapatkan yang bersaiz besar...sikit...belah di bahagian belakang tetapi jangan sampai putus lak...belahan tu hanya untuk memasukkan hawas-hawas atau bahan-bahan penyedap seperti nyiur campur kunyit...bila dah siap boleh panggang atas bara...agak-agak setengah jam boleh le ambik untuk menu makan malam korang setelah di siang hari berpenat dan berpanas atau berhujan sepanjang hari memancing ikan haruan...





bapak haruan ni bapak aku yang tangkap...kalau aku lagi bosar woooo....

ok...aku rasa sampe sini dulu aku cerita tentang ikan haruan...ada lagi ni...tapi cukup setakat ini dulu...nanti aku tambah...aku masukkan
gambar kat atas tu...good luck to pancing...yooosshhh....belup....








Wednesday, January 20, 2010

pancing lampam

ri tu aku cerita pasal pancing puyu...ha sekarang aku nak cerita pengalaman aku masa pancing lampam pulak. Korang kenal ke lampam...tu apa...lampam tu ikan lampam le tu pun nak kena ajar...cikgu sekolah korang tak ajar ker...ha...kisah ikan lampam ni agak-agak sedikit best ler...ikan ni tak macam ikan puyu...sekali dia sentap umpan mak ai terangkat batang joran aku...itupun kalau yang bersaiz besar la...

tip joran yang digunakan untuk pancing lampam....korang jangan pikir ikan lampam koman...kalau nak pancing lampam kena guna batang joran yang boleh pasang kekili...kekili tu mesin tali pancing ler...apa susah...kalau takde contact aku...aku jual...murah jer untuk habis stok. Batang joran tak perlu guna yang mahal-mahal sekadar yang RM 30-RM60 dah memadai. Jenis first stick dan ugly stick tu mahal sikit...tapi mahalpun takpa sebab tahan lebih lama. Ni beli yang murah dah rosak maki-maki kat joran tu...mana boleh...nak pancing kena sabar dan belanja mahal sikit tu tak per la janji tahan lama...

terlupa lak aku nak cerita jenis dan rupa bentuk ikan lampam...ikan lampam adalah sejenis ikan air tawar. Ikan lampam biasanya menghuni kawasan sungai, tali air, tasik, lombong tinggal dll. Dalam sawah biasanya susah nak jumpa sebab ketika aku pancing kat sawah dulu mana ada dapat kalau puyu yela banyak. Ikan lampam juga ada banyak nama dan jenis...antaranya ialah lampam jawa,lampam melayu, lampam cina dan yang sewaktu dengannya iaitu ikan jelawat, ikan sebarau, tengalan, seluang, tengas, dan lain-lain yang ada kat dalam sungai tu yang berkilat sisiknya...berat ikan lampam boleh mencecah sampai lima kg. paling berat aku pernah dapat hampir 3kg meliut-liut joran aku....ketika itu aku mancing kat sungai perak...sungai yang paling besor di Perak ...best gua cakap lu....mulanya aku ingat sangkut kat batang kayu hanyut...rupanya lampam yang sangkut...so...lawan punya lawan akhir aku menang dan dapat mendaratkan ikan lampam tersebut...fuh...best tak terkira....

tips umpan untuk pancing lampam...kalau aku bagi tau korang jangan lupa tima kasih kat aku...aku bagi tips ni untuk korang yang baca blog aku jer...Cara-caranya...korang kena beli dedak anak ayam yang berwarna kuning keemasan...jangan pi cari kat kedai emas memang takde...biasanya kat kedai runcit macam-macam ada...cuba le gi cari...jangan beli banyak-banyak singgit dah cukup. tepung jangan lupa plak...tu adunan wajib tu..takde tepung korang nak gentel ngan apa...mana boleh...macam tu....bila nak bancuh air perlu sikit je untuk nak uli...ramuan asli paling best kena campur kunyit hidup...kunyit tu kena tumbuk ngan lesung batu...kalau susah sangat beli je serbuk kunyit 40 sen kat kedai runcit dah cukup tapi kurang menyengat la plak sebab kunyit kat kedai dah tak asli...kurang power...kalau nak lebih power beli ler super power atau kopi kapal api terangkat sampai ke bulan gua cakap lu...

kalau nak cantik lagi...adunan tu buat di waktu malam...bukan buat projek ngan bini kalau yang ada bini...buat umpan tu ler...bodo..dah siap malam tu boleh perap jap untuk kasi bau power tapi baunya tak le se power umpan ikan baung...fuh...busuknya 3-4 ari tak ilang wooo...pasni aku cerita tip pancing ikan baung plak....aha...bila dah siap besok pagi boleh le gi mancing. Ikan lampam biasanya suka cari makan di awal pagi...tengahari...dan petang so kalau nak pancing sampai petang...korang kena le bawa sejadah untuk solat...kompas jangan lupa untuk cari arah kiblat...korang nak tau aku ni...ada semua tu...tuhan orang islam yang bernama Allah tu jangan lupa...bukti tak lupa tu...kena solat ler...

satu lagi...jangan lupa bila sampai je kat gigi lubuk jangan lak kedekut taik idung masin...tabur-tabur le sedikit umpan tadi tu dalam bentuk relai supaya ikan yang jauh di lubuk dapat bau...konon-kononnya panggil ikan lampam tu le...satu lagi nasihat...kalau gi pancing ramai-ramai jangan buat bising..kalau boleh nak kentutpun kena lepas perlahan-lahan supaya tak berbunyi...bukan apa kalau bising nanti ikan lampam tak nak datang lak...

tips mengesan ikan lampam...nak kesan ikan lampam banyak ka sikit takyah pakai sonar...caranya ialah guna biji kekabu atau palet dedak keli...tabur jer kat atas permukaan air yang berlubuk tu kalau kawasan tu ada banyak lampam cup-cap cup-cap lampam menyambar bahan makanan tersebut. ikan lampam biasanya mudah dapat kalau pancing dekat - dekat ngan habitatnya...andai kata korang tak nampak kelibat ikan lampam jangan tunggu lama-lama boleh blah...maksud aku ubah tempat le...dah takde ikan buat apa pancing juga buang masa je...lagi pula sungai kan panjang...kalau takde kat sini kat sinu pasti ada...

tips masak ikan lampam...kalau korang dapat ikan lampam yang kecil-kecil aku syorkan korang lepas jer balik bagi besor...korang nak tau sebab apa? ikan lampam adalah jenis ikan yang tulangnya banyak dan rapat-rapat you...susah nak makan...so kena dapatkan yang besar-besar...tulangnya sama jer tapi boleh le pilih buang tulangnya sebab bila ikan besar tulangnyapun besar le...tapi kalau nak ambik juga yang kecil tu takper tapi bila siang nanti kena le kelar rapat-rapat supaya tak lepas puyuh berlari kalau aku pinang-pinang tak dapat ku pujuk-pujuk boleh ku bawa lari...lari ke Perlis boleh nikah kat sana...kalau tak boleh kat Perlis golok kan ada....jangan buat maksiat tak baik dan memperbodohkan diri sendiri sapa suruh...tu la pasai...free-free buat dosa kan lebih baik gi mancing...tips-tips hebat aku dah beri apa tunggu lagi jom le pancing....

sebelum aku tutup tirai pancing lampam ni...aku nak le bagi tau...sebenarnya banyak cara lagi nak pancing lampam ni...tu baru satu cara...ada berpuluh-puluh lagi tips untu pancing lampam...tapi kalau sekadar nak makan lampam...satu cara tadipun dah cukup...

satu lagi kalau korang dapat banyak ikan lampam jangan lupa sedekah kat jiran-jiran...tu bukan apa...nak ambik berkat....kalau dapat banyak dan untuk tahan lebih lama buat le pekasam...apa? ingat ikan puyu jer boleh buat pekasam...ikan lampam pun boleh jugak le...

pasni aku nak cerita tip pancing ikan haruan pula tunggu aa...





Tuesday, January 19, 2010

pancing puyu


Ni la...ikan puyu yang bapak aku tangkap ari tu...bapak aku tu memang hebat...kalau bapak hebat anakpun hebat ler...malas nak tunjuk jer....

kalau nak pancing puyu senang jer...korang tak payah susah - susah....kalau zaman dulu kita guna batang buluh atau batang bemban jer...umpan pula boleh guna belalang...kat sawah belalang banyak...sambil-sambil pancing tangkap belalang kat rumput semak menghijau tu...ikan puyu paling suka umpan anak belalang yang berwarna hijau lembut.Kalau belalang yang berwarna coklat dia tak berapa suka sebab tak sedap dan pedas...kalau makan juga takut nanti jadi gemuk kena la jumpa dr. che rozmey untuk dapatkan jus mate five...jus kurus badan yang populer tu...eh melalut pulak aku...sori a...

tip terbaik untuk pancing puyu...pertama sekali perlu beli joran lucut berjenama puyu.kalau dulu umpan guna belalang....tapi sekarang kita guna ulat yang boleh didapati kat kedai-kedai alat pancing...kalau kedai pancing orang islam takder...tau sebab pa...orang islam x leh aniaya binatang...kesian...so kena cari umpan ulat tu kat kedai pancing orang bukan islam...kalau x nak guna ulat, kita juga boleh guna isi udang pasar...beli je singgit boleh pancing sampai besok kalau tak habis balik nanti buat bahan tom yam....

tips guna mata kail...pula biasanya kita guna mata halus atau kecil sebab mulut ikan puyu bukan macam mulut ikan paus... mulut ikan paus besor nak tangkap tak leh guna mata kail kena la guna harpon...kesian kat dia kena tembak. di mata kail puyu tu kita cangkuk isi udang, ulat, anak belalang atau apa-apa umpan yang korang biasa guna untuk pancing puyu guna jer janji puyu makan...kalau tak makan puyu tu langsing kepala besor sebab tak cukup zat...

tips tempat untuk pancing puyu...biasanya tali air...tepi-tepi bendang...tepi-tepi kubang atau perigi lama. kalau korang nak tahu tempat paling banyak ikan ialah...tempat orang ternak puyu ler...tapi tempat tu kalau korang gi pancing silap hari bulan kena sebat dek tuan kolam puyu tu...so cari ler tali air di kawasan bendang....menurut ilmu datuk aku...tali air di kawasan bendang adalah habitat puyu yang paling banyak sekali...teori tu memang betul... sebab aku dah buat dalam sehari boleh dapat sampai berkilo-kilo ikan puyu tu sebab berenti solat dulu kalau tak solat macam yang setengah-tengah umat muhammad yang aku tengok tur maka dapat lagi banyak daripada aku...yang penting aku bersyukur sebab dapat rezeki sedemikian yang penting solat tak lupa...berkat...kalau dapat banyak sangatpun nak buat apa nanti banyak yang mati busuk buang...jer bukankah itu membazir...membazir amalan syaitan...

tips musim pula...puyu biasanya paling banyak selepas musim menuai padi...tau la kan bila jentera yang digunakan untuk ambil padi...besar dan bising maka ikan puyu akan beralih keluar dari bendang atau sawah hijrah ke tali air yang berdekatan la...ha... di situ la kita gi mancing...musim-musim lain agak kurang...

jenis-jenis puyu...ikan puyu ada banyak jenis...yang aku tahu ikan tilapia juga adalah spesis puyu...ada puyu kepar atau ikan patung...ikan puyu sawah boleh mencapai saiz tapak tangan...ikan puyu yang diternak secara komersial dipanggil ikan puyu siam, ternak dalam tiga bulan saiznya dah hampir sebesar tapak tangan...boleh jual...kayaba...

ikan puyu paling sedap...ialah ikan puyu dari tali air atau bendang (sawah). tau kenapa...sebab ikan puyu sawah makan macam-macam...ikan puyu ternak pula hanya makan dedak sahaja mana sedap. buat masak rasa macam dedak jer mana best...tapi kalau ikan puyu ternak dibuat pekasam mana ada orang tau itu puyu dari mana...sebab ikan puyu pekasam sama jer rasanya...

paling aku tak suka dengan ikan puyu...masa nak siang ikan puyu paling susah...semua kaum keluarga aku tak nak siang puyu...tau kenapa? sebab durinya tajam...kalau tak betul cara pegang habis tangan luka...tapi kalau nak tau anak dara yang rajin kena cari le yang tangannya kasar... tanda rajin tu...boleh buat bini..kalau dia tampar korang adala rasa sakit sikit...ni...kalau tangan lembut... rasa geli ler...plak...

cara makan ikan puyu...ha...kalau nak makan ikan puyu dalam sebarang masakan kenala berhati-hati...korang tau makan jer untuk membuncitkan perut tapi tak ambil perhatian untuk makan puyu...susah ni...kalau tak berhati-hati nanti terlekat tulang puyu...tulang puyu tajam dan keras...ada sekali tu aku terlekat tulang puyu masa makan pekasam...selalunya tulang puyu pekasam hancur...tapi mungkin baru kot...mujur ilmu tok nenek telah diperturunkan kepada aku...caranya...ambil nasi panas kepal-kepal ketul keras pastu telan sekali gus...masuk jer kat tekak ketulan nasi tadi akan melanggar dan membawa tulang yang tersangkut kat tenggorok tu ke dalam perut...selesai le masalah aku tu...boleh le cuba...petua ni...tapi kalau lekat tulang lembu susah sikit sebab nak kena cari orang siapkan kain kapan...mati ler jawabnya...kalau amalan dah cukup matipun tak pa...ingat sonok ke duduk kat dunia ni...macam-macam hal...ha tu la...kalau nak tenang-tenang jom la join pancing ngan aku...ataupun bertukar maklumat ngan aku...

Wednesday, January 6, 2010

gila mancing

pancing...pancing...pancing...itu lah minat dan kegilaan aku...dari kecik sampe besor...bukan buang masa tapi terapi untuk menenangkan jiwa manalah tau kalau-kalau dapat ikan rejeki namanya tu...alhamdulillah...

ada orang kata bodo mancing ni... buang masa...kalau buang masa abih le masa tu... masa jangan dibuang sebab masa itu berharga daripada duduk saja - saja lebih baik korang gi mancing....kita tak kacau orang...

jangan pula mancing anak dara orang... bini orang ke...itu salah le pula...tak baik...tuhan marah tau...kalau anak dara orang kena le buat ngan cara baik...ikut adat...melayu kan banyak adat dan pantang - larangnya...paling salah sekali kalau mancing bini orang...silap hari bulan kena belasah ngan laki dia...ingat...kita mancing ikan jer tau...jangan buat perkara yang tak senonoh...tak baik...