Powered By Blogger

Wednesday, January 20, 2010

pancing lampam

ri tu aku cerita pasal pancing puyu...ha sekarang aku nak cerita pengalaman aku masa pancing lampam pulak. Korang kenal ke lampam...tu apa...lampam tu ikan lampam le tu pun nak kena ajar...cikgu sekolah korang tak ajar ker...ha...kisah ikan lampam ni agak-agak sedikit best ler...ikan ni tak macam ikan puyu...sekali dia sentap umpan mak ai terangkat batang joran aku...itupun kalau yang bersaiz besar la...

tip joran yang digunakan untuk pancing lampam....korang jangan pikir ikan lampam koman...kalau nak pancing lampam kena guna batang joran yang boleh pasang kekili...kekili tu mesin tali pancing ler...apa susah...kalau takde contact aku...aku jual...murah jer untuk habis stok. Batang joran tak perlu guna yang mahal-mahal sekadar yang RM 30-RM60 dah memadai. Jenis first stick dan ugly stick tu mahal sikit...tapi mahalpun takpa sebab tahan lebih lama. Ni beli yang murah dah rosak maki-maki kat joran tu...mana boleh...nak pancing kena sabar dan belanja mahal sikit tu tak per la janji tahan lama...

terlupa lak aku nak cerita jenis dan rupa bentuk ikan lampam...ikan lampam adalah sejenis ikan air tawar. Ikan lampam biasanya menghuni kawasan sungai, tali air, tasik, lombong tinggal dll. Dalam sawah biasanya susah nak jumpa sebab ketika aku pancing kat sawah dulu mana ada dapat kalau puyu yela banyak. Ikan lampam juga ada banyak nama dan jenis...antaranya ialah lampam jawa,lampam melayu, lampam cina dan yang sewaktu dengannya iaitu ikan jelawat, ikan sebarau, tengalan, seluang, tengas, dan lain-lain yang ada kat dalam sungai tu yang berkilat sisiknya...berat ikan lampam boleh mencecah sampai lima kg. paling berat aku pernah dapat hampir 3kg meliut-liut joran aku....ketika itu aku mancing kat sungai perak...sungai yang paling besor di Perak ...best gua cakap lu....mulanya aku ingat sangkut kat batang kayu hanyut...rupanya lampam yang sangkut...so...lawan punya lawan akhir aku menang dan dapat mendaratkan ikan lampam tersebut...fuh...best tak terkira....

tips umpan untuk pancing lampam...kalau aku bagi tau korang jangan lupa tima kasih kat aku...aku bagi tips ni untuk korang yang baca blog aku jer...Cara-caranya...korang kena beli dedak anak ayam yang berwarna kuning keemasan...jangan pi cari kat kedai emas memang takde...biasanya kat kedai runcit macam-macam ada...cuba le gi cari...jangan beli banyak-banyak singgit dah cukup. tepung jangan lupa plak...tu adunan wajib tu..takde tepung korang nak gentel ngan apa...mana boleh...macam tu....bila nak bancuh air perlu sikit je untuk nak uli...ramuan asli paling best kena campur kunyit hidup...kunyit tu kena tumbuk ngan lesung batu...kalau susah sangat beli je serbuk kunyit 40 sen kat kedai runcit dah cukup tapi kurang menyengat la plak sebab kunyit kat kedai dah tak asli...kurang power...kalau nak lebih power beli ler super power atau kopi kapal api terangkat sampai ke bulan gua cakap lu...

kalau nak cantik lagi...adunan tu buat di waktu malam...bukan buat projek ngan bini kalau yang ada bini...buat umpan tu ler...bodo..dah siap malam tu boleh perap jap untuk kasi bau power tapi baunya tak le se power umpan ikan baung...fuh...busuknya 3-4 ari tak ilang wooo...pasni aku cerita tip pancing ikan baung plak....aha...bila dah siap besok pagi boleh le gi mancing. Ikan lampam biasanya suka cari makan di awal pagi...tengahari...dan petang so kalau nak pancing sampai petang...korang kena le bawa sejadah untuk solat...kompas jangan lupa untuk cari arah kiblat...korang nak tau aku ni...ada semua tu...tuhan orang islam yang bernama Allah tu jangan lupa...bukti tak lupa tu...kena solat ler...

satu lagi...jangan lupa bila sampai je kat gigi lubuk jangan lak kedekut taik idung masin...tabur-tabur le sedikit umpan tadi tu dalam bentuk relai supaya ikan yang jauh di lubuk dapat bau...konon-kononnya panggil ikan lampam tu le...satu lagi nasihat...kalau gi pancing ramai-ramai jangan buat bising..kalau boleh nak kentutpun kena lepas perlahan-lahan supaya tak berbunyi...bukan apa kalau bising nanti ikan lampam tak nak datang lak...

tips mengesan ikan lampam...nak kesan ikan lampam banyak ka sikit takyah pakai sonar...caranya ialah guna biji kekabu atau palet dedak keli...tabur jer kat atas permukaan air yang berlubuk tu kalau kawasan tu ada banyak lampam cup-cap cup-cap lampam menyambar bahan makanan tersebut. ikan lampam biasanya mudah dapat kalau pancing dekat - dekat ngan habitatnya...andai kata korang tak nampak kelibat ikan lampam jangan tunggu lama-lama boleh blah...maksud aku ubah tempat le...dah takde ikan buat apa pancing juga buang masa je...lagi pula sungai kan panjang...kalau takde kat sini kat sinu pasti ada...

tips masak ikan lampam...kalau korang dapat ikan lampam yang kecil-kecil aku syorkan korang lepas jer balik bagi besor...korang nak tau sebab apa? ikan lampam adalah jenis ikan yang tulangnya banyak dan rapat-rapat you...susah nak makan...so kena dapatkan yang besar-besar...tulangnya sama jer tapi boleh le pilih buang tulangnya sebab bila ikan besar tulangnyapun besar le...tapi kalau nak ambik juga yang kecil tu takper tapi bila siang nanti kena le kelar rapat-rapat supaya tak lepas puyuh berlari kalau aku pinang-pinang tak dapat ku pujuk-pujuk boleh ku bawa lari...lari ke Perlis boleh nikah kat sana...kalau tak boleh kat Perlis golok kan ada....jangan buat maksiat tak baik dan memperbodohkan diri sendiri sapa suruh...tu la pasai...free-free buat dosa kan lebih baik gi mancing...tips-tips hebat aku dah beri apa tunggu lagi jom le pancing....

sebelum aku tutup tirai pancing lampam ni...aku nak le bagi tau...sebenarnya banyak cara lagi nak pancing lampam ni...tu baru satu cara...ada berpuluh-puluh lagi tips untu pancing lampam...tapi kalau sekadar nak makan lampam...satu cara tadipun dah cukup...

satu lagi kalau korang dapat banyak ikan lampam jangan lupa sedekah kat jiran-jiran...tu bukan apa...nak ambik berkat....kalau dapat banyak dan untuk tahan lebih lama buat le pekasam...apa? ingat ikan puyu jer boleh buat pekasam...ikan lampam pun boleh jugak le...

pasni aku nak cerita tip pancing ikan haruan pula tunggu aa...





18 comments:

  1. Salam tuan..
    Saya teringin sgt nak memancing lampam ni,,x kira la lampam jawa ke lampam putih ke,janji dpt mancing lampam,,,pls call saya 0199354298 kalau tuan sudi beritahu atau sharing dgn saya tempat nak mancing lampam,,,
    tq so much ye tuan,,,

    ReplyDelete
  2. Saya stay kt putrajaya semalam pergi cari lampam,hampeh xder..lombong sekitar ni mcm kawasan dengkil,jenderam,bangi,serdang,salak tinggi kat situ mmg byk lombong tp susah nk dpt lampam..mancing lampam ni best sbb cara dia sentap dan cara kita balas balik tu yg best..malangnye habis tempat saya cari tp lampam mcm dah pupus,,kalau tuan atau tuan2 kat sini sudi berkawan dgn saya ,rasanye elok jugak kita gi sama2 mancing lampam ,kat tempat tuan pun saya boleh pergi bila dpt cuti..harap tuan sudi berkawan ye,,,call atau sms atau miscall nombor ni tau 0199354298,,huhuuuhuu,,payah nye la nak mancing lampam zaman skg ni,,

    ReplyDelete
  3. Ayam hutan, hang dok putrajaya area mana?.. minggu lepas aku gi mancing kat wetland. dapat lampam lepas gak la utk makan. Nanti nk gi mancing lagi. mau try resepi tuan tanah ni. huhuhu.. nak folow roger aku 0136273391

    ReplyDelete
  4. Dedak 929+tepung+serbuk ikan bilis+serbuk perasa...compom xkira apa bangsa lampam musti suka

    ReplyDelete
  5. Teman mancing lampam guna roti kat tali air di kedah..banyak jgk dpt..paling besar 1 kilo
    .

    ReplyDelete
  6. Teman mancing lampam guna roti kat tali air di kedah..banyak jgk dpt..paling besar 1 kilo
    .

    ReplyDelete
  7. layan kat lombong cyberjaya laa boss...wetland kena bayar lampamnya...cyberjaya free...jom...0129714119..roger² laa ek...

    ReplyDelete
  8. Pkai kelapa sawit peram klau nak tahu betapa loceng x henti berbunyi

    ReplyDelete
  9. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete